NEWS
Current
Archived News

RELATED LINKS

Electronic Matchmaker
"There are plans to have a network of ELX terminals in post offices, LRT stations and shopping complexes. Currently, there are three stations located at Bukit Bintang Plaza in Kuala Lumpur, in Kota Kinabalu, and Kuching.”
- The Star

December 2008
Affin Bank lancar khidmat online
Harian Metro Online
Affin Bank lancar khidmat online
Oleh Salmiah A Hamid

AFFIN Bank Berhad (AffinBank) melancarkan affinOnline.com iaitu laman web perbankan dalam talian untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi dengan selamat dan cepat.

Menerusi affinOnline.com pelanggan boleh mengakses beberapa transaksi pilihan kerana ia direka berasaskan tiga strategi iaitu mudah digunakan, bersesuaian dan selamat sejajar dengan slogan "Perbankan Tanpa Sempadan".

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Abdul Hamidy Hafiz, berkata affinOnline.com beroperasi 24 jam sehari tanpa sebarang gangguan sebagai pendekatan mesra pengguna yang sentiasa mahukan perkhidmatan sedia ada.

"Kami melakukan pelbagai kajian terutamanya berkaitan perkhidmatan secara atas talian untuk mengelakkan sebarang masalah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

"Masalah teknologi seperti godaman, pishing dan spam tetap berlaku ke atas mana-mana perkhidmatan perbankan seluruh dunia. Oleh itu, sebelum pelancaran affinOnline.com kami sudah melakukan pelbagai kajian keselamatan dan bersedia menangani masalah sedemikian," katanya.

AffinBank bekerjasama dengan IBM dan S1 untuk membina affinOnline.com agar dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan yang melindungi penggunanya dari menghadapi masalah teknologi.

Perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan kios Internet di setiap cawangan AffinBank sebagai kemudahan berterusan kepada pengguna yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet.

Kemudahan affinOnline.com ini digunakan 20,000 pelanggan.


Copyright @ 2012 Streetspace™, Inc. All rights reserved. Designed and developed by Embedded Wireless Labs Sdn. Bhd. Streetspace™, Inc. solely owns US patents D433679, D451916 and 6847969